Tips Menjadi Anak Yang Sholeh dan Sholehah
2. Selalu ‘meringankan tulang’ untuk membantu ibu bapak dalam kerja-kerja yang mudah di rumah.
3. Membuat sesuatu kerja yang sepatutnya kita kerjakan tanpa perlu disuruh atau diarah oleh ibu bapak kita.
4. Jangan merungut atau mem-bantah di atas segala arahan atau suruhan ibu bapak kita.
5. Sentiasa berdoa meminta keampunan dan kesejahteraan untuk kedua ibu bapak kita terutama sekali selepas solat fardhu.
6. Amalkan budaya salam dan mencium tangan kedua-dua ibu bapak sewaktu hendak keluar atau masuk ke dalam rumah.
7. Memohon kemaafan daripada ibu bapak setelah kita metakukan sesuatu kesalahan atau kesilapan.
8. Mengucap salam dan memohon ampun daripada ibu bapak sebelum kita tidur malam hari.
9. Tunduk dan bersopan sebagai tanda hormat apabila berjalan di hadapan ibu bapak.
10. Bercakap dengan lemah lembut, tidak berkasar serta tidak meninggikan suara apabila bercakap dengan ibu bapak.
11. Sewaktu makan, biarlah ibu bapak kita yang menjamah makanan terlebih dahulu.
12. Jangan selalu meminta-minta daripada ibu bapak terutama sekali sesuatu perkara atau benda yang tidak perlu ataupun yang tidak munasabah.
13. Sentiasa redha, bersyukur dan menerima dengan hati yang terbuka terhadap setiap pemberian daripada ibu bapak.
14. Belajar dengan tekun dan ber-sungguh-sungguh seterusnya berjaya dalam pelajaran sebagai suatu hadiah istimewa daripada kita untuk ibu bapak tersayang.
15. Sentiasa bersikap jujur dan tidak bercakap bohong dengan ibu bapak kita dalam setiap perkara walaupun kita yang bersalah.
16. Sentiasa membiasakan lidah kita untuk mengucapkan ‘terima kasih’ di atas segala pemberian dan nasihat daripada ibu bapak kita.
17. Sentiasa berusaha untuk menggembirakan hati kedua-dua ibu bapak kita sama ada dengan perkataan, perbuatan mahupun sikap kita.
18. Sentiasa patuh kepada perintah Allah S.W.T dengan tidak meninggalkan sholat karrna anak yang soleh juga merupakan anak yang taat pada perintah Allah S.W.T.
Sumber: https://kholik72.wordpress.com/2011/11/19/tips-menjadi-anak-soleh/
No comments:
Post a Comment